Thursday, November 19, 2009

Last Raya'2009




Dear friends,

lama tul rasanye tak berblog ni. sibuk ngan keje dan sibuk ngan diri sendiri kut. huhu... just want to share my raya experience this year walaupun dah agak basi citernye...tapi meninggalkan kesan sampai ke hari ni dan pastinya sampai akhir hayatku...

Raya ke-5 tahun ni, kami sekeluarga terlibat dalam kemalangan yg agak mengerikan dengan trailer di KM 409.2 arah utara, Lebuhraya PLUS. Kereta adik bongsuku rosak teruk - total loss la..yela kami yg dalam perjalanan nak balik rumah dari perak, boleh berada di opposite lane menghala ke utara, akibat diseret oleh trailer...dan seterusnya dihentam lak dengan van dari arah KL ke utara.


Alhamdulillah kami sekeluarga tiada kecederaan serius, hanyalah lebam2 dan sakit2 badan sahaja, dan yang ajaibnye, anak buah aku Ammar tu takde sedikit pun tercolek dengan sebarang luka malah die diam saja dari saat kitorang accident sampai tunggu ambulan datang. Betapa besar kuasa Allah...Yang pastinya aku yakin ade maksud di sebalik segala kejadian itu yang benar2 buat aku selalu berfikir dan muhasabah akan dosa2 aku...Ampunkan aku ya Allah atas segala dosa2 aku selama ini...

Dalam kami seronok2 beraya sakan di permulaan raya, Raya Pertama kat Kundang, Raya ke-2 di Johor dan Raya ke-3 di Melaka... Tak sangka Raya ke-5 accident paling terkesan dalam hidup kami sekeluarga. kalau tak kene gaya, mungkin kami sekeluarga dah lama tinggalkan dunia ini...semuanya kuasa Allah yang Maha Berkuasa...MasyaAllahhh...

Berhati-hatilah di jalan raya selalu kerana malang tak berbau...Kite tak pernah tahu bila mana saat kite akan dipanggil-Nya...Wallahualam...

No comments:

Post a Comment